Blogger Templates
Nabi saw biasa memegang hidung Aisyah. Jika dia (Aisyah) marah, dan Rasulullah berkata, " Wahai Uwaisy, bacalah doa, "Wahai Tuhanku, Tuhan (Yang Mengutus) Muhammad, ampunilah dosa-dosaku hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah dari fitnah yang menyesatkan," (HR Ibnu Sunni)

home

InsyaAllah by Maher Zain

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way


Friday, September 30, 2011


Ramai yang mengtakan Islam dan politik tidak boleh berada berjalan seiringan walhah, sebaliknya..Islam dan politik haruslah seiring berdua agar laknat Allah tidak berlaku..Ramai yang tidak sedar islam itu merangkumi semua aspek..Dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-sebesar perkara..Islam ada penyelesaiannya...hanya manusia sahaja yang ingin mengikuti atau meninggalkan arahan Allah..semua terpulang pada Iman..



Beruntunglah bagi mereka yang mengamalkan nilai2 Islam dalam kehidupan dan rugilah bagi mereka yang meninggalkan perintah Allah...

Islam itu syumul dan mudah dalam semua perkara hanya manusia yang suka menyusahkan sesuatu perkara..

Oleh itu marilah kita bersama-sama berfikir sejenak dimana kita meletakkan Islam itu dalam diri kita??

Tujuan Hudud Dilaksanakan

Hukuman hudud, qisas, diyat dan ta`zir diperuntukkan dalam qanun jinayah syar`iyyah adalah bertujuan untuk menjaga prinsip perundangan Islam yang tertakluk di bawahnya lima perkara:

1. Menjaga agama, iaitu menjaga aqidah orang-orang Islam supaya tidak terpesong dari aqidah yang sebenar dan tidak menjadi murtad. Orang yang murtad akan disuruh bertaubat terlebih dahulu dan sekiranya dia enggan bertaubat maka hukuman bunuh akan dikenakan ke atas mereka. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka bunuhlah dia." (Riwayat Bukhari)

2. Menjaga nyawa, iaitu menjaga jiwa seseorang dari dibunuh termasuklah menjaga anggota tubuh badan seseorang dari dicederakan atu dirosakkan. Sesiapa yang membunuh manusia atau mencederakan anggota tubuh badan mereka itu dengan sengaja wajib dijatuhkan hukuman qisas atau diyat sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dan di dalam hukum qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran supaya kamu bertaqwa." (Surah Al-Baqarah, 2:179)

3. Menjaga akal fikiran, iaitu memelihara akal fikiran manusia dari kerosakan disebabkan minum arak atau minuman-minuman yang memabukkan. Mereka yang meminum arak wajib dijatuhkan hukuman sebat tidak lebih dari lapan puluh kali sebat sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Saiyidina Ali di dalam sebuah hadith yang bermaksud:

"Rasulullah s.a.w. telah menyebat orang yang minum arak sebanyak empat puluh kali sebat, dan Saiyidina Abu Bakar telah menyebat empat puluh kali sebat juga, dan Saiyidina Umar menyebat sebanyak lapan puluh kali .

4. Menjaga keturunan, iaitu memelihara manusia dari melakukan perzinaan supaya nasab keturunan, perwalian dan pewarisan anak-anak yang lahir hasil dari persetubuhan haram itu tidak rosak. Orang yang melakukan perzinaan wajib dijatuhkan hukum sebat dan rejam sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya yang diriwayatkan daripada `Ubadah bin As-Somit r.a. yang bermaksud:

"Ambillah peraturan daripada aku, ambillah peraturan daripada aku. Sesungguhnya Allah telah memberi jalan untuk mereka. Perawan dengan jejaka yang berzina hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat, dan dibuang negeri selama setahun. Dan janda dengan janda yang berzina hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat dan direjam." (Riwayat Muslim dan Abu Daud)

5. Menjaga harta benda, iaitu memelihara harta benda manusia dari dicuri dan dirompak dengan menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas pencuri, dan menjatuhkan hukuman mati atau potong tangan dan kaki kedua-duanya sekali atau dibuang negeri ke atas perompak. Hukuman ini tertakluk kepada cara rompakan itu dilakukan sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dan orang lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri maka (hukumannya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah maha Kuasa lagi Maha Bijaksana." (Surah Al-Ma'idah: 38)

Firman Allah s.w.t. lagi yang bermaksud:

"Sesungguhnya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi (melakukan keganasan merampas dan membunuh orang di jalan ) ialah dengan balasan bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan berselang (kalau mereka merampas sahaja, atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman awam). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab siksa yang amat besar." (Surah Al-Ma'idah: 33)

Kebelakangan ini timbul isu hudud. Dan isu ini dipolitikkan sedangkan ianya adalah salah satu undang-undang Allah swt yang harus diikuti..Oleh itu sedikit perkongsian mengenai hudud..

HUDUD...

SEBAT CARA ISLAM.(HUDUD)
1-Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm.
2-Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.
3-Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
4-Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
5-Sebatan dengan kekuatan sederhana.
6-Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala.
7-Tidak melukakan kulit pesalah.

SEBAT CARA SIVIL.
1-Rotan yang digunakan terdiri daripada pelbagai saiz.
2-Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat.
3-Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.
4-Bahagian daging punggung akan tededah untuk disebat.
5-Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikatkan kedua kaki dan tangan.
6-Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
7-Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan.
8-Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar.

Jika menggunakan rotan atau ranting kayu, ia hendaklah dalam bentuk sederhana ukurannya. Tidak terlalu muda dan tidak terlalu tua, tidak berbuku-buku atau pecah-pecah atau seumpamanya.

Ia amat penting supaya ia tidak boleh mencedera atau menyebabkan luka parah ke atas pesalah.

Ini kerana hukuman tersebut bukan bertujuan mencederakan pesalah tetapi mencegah dan melarang serta memberi pengajaran kepadanya. Ia selaras dengan hadis riwayat Malik dari Zaid bin Aslam. "Seorang lelaki mengaku berzina di zaman Rasulullah SAW. Baginda meminta sebatang tongkat untuk menyebat lelaki itu. Apabila tongkat diberi kepadanya, Baginda mendapati ia telah pecah-pecah, lalu Baginda meminta tongkat lain.

Apabila yang kedua dibawa kepadanya, tongkat itu dibuat daripada dahan kayu yang baru dipotong. Rasulullah menolaknya lagi dan meminta tongkat lain. Akhirnya diberi kepada Baginda tongkat sederhana yang tidak keras, Rasulullah menerimanya dan memerintahkan supaya disebat tongkat itu.

Ketika melaksanakan hukuman sebat, cara sebatan hendaklah secara sederhana. Si pelaksana tidak boleh mengangkat tangan hingga ke paras kepalanya atau dengan lain perkataan, tidak boleh mengangkat tinggi tangannya sehingga sampai kepada matlamat dan tujuannya.

Saidina Umar al-Khattab r.a pernah menghukum sebat seorang pesalah di zamannya. Beliau berkata kepada tukang sebat: "Sebatlah dia dan jangan diangkat tanganmu sehingga ternampak ketiak."

Ketika Umar melihat pukulan agak kuat daripada sepatutnya, beliau berkata: "Kamu tidak menghukum tetapi membunuhnya.''

Mengenai bahagian yang disebat, Imam Syafie berpendapat, pukulan hendaklah ditujukan kepada pelbagai anggota tetapi hendaklah menjauhi faraj, rusuk dan semua anggota yang ditakuti membahayakan orang yang disebat.

Ia berdasarkan riwayat Umar al-Khattab bahawa beliau menemui seorang jariah yang sedang dilakukan hadd ke atasnya, lalu beliau berkata maksudnya: "Kamu pergilah kepadanya, pukullah dan janganlah sampai mengoyakkan kulitnya."

Ini kerana maksud daripada hukuman sebat itu adalah mencegah tanpa bertujuan membunuh pesalah.

Ketika disebab, pesalah mesti memakai pakaian menutup aurat. Jika memakai pakaian tebal, hendaklah diganti dengan yang sederhana kerana dibimbangi pukulan tidak dirasai oleh pesalah. Ini berdasarkan riwayat 'Abdullah bin Mas'ud r.a bahawa Rasulullah bersabda: "Tidak ada pada umat ini, perebahan, pembogelan, pembelengguan dan pengikatan."

Bagi pesalah hamil, hukuman mesti dilakukan dua bulan selepas melahirkan. Jika dia masih sakit, pelaksanaan mesti ditangguhkan sehingga betul-betul sihat.

Jika penyakitnya tiada harapan sembuh, hukuman hendaklah dijalankan serta-merta dengan syarat, rotan tidak akan mencederakannya.

Diriwayatkan Rasulullah pernah menyuruh supaya dijalankan hukuman sebat ke atas seorang lelaki yang sedang tenat dengan hanya satu pukulan menggunakan seratus mayang tamar yang diikat. Lelaki itu telah berzina dan sepatutnya disebat 100 kali.

Hukuman sebat juga hendaklah dilaksanakan pada masa dan keadaan yang sesuai iaitu tidak dalam cuaca yang sangat panas atau sejuk kerana boleh membawa kemudaratan.

Pelaksanaannya pula hendaklah di depan sekumpulan orang mukmin. Seperti firman Allah SWT dalam Surah al-Nur ayat 2: "Dan hendaklah pelaksanaan hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman."

1. ZINA.
Firman Allah swt, Maksudnya : Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat.
(Surah An-Nur : 2)
Yang dimaksudkan dengan penzina perempuan dan penzina lelaki yang dikenakan hukuman sebat seratus kali itu ialah khusus untuk penzina yang belum kahwin (Ghaira Muhsin) Ertinya yang belum merasai persetubuhan halal, iaitu dengan cara berkahwin, adapun penzina yang telah berkahwin (Muhsin) hukumnya ialah rejam. Ini adalah berdasarkan kepada hadis yang bermaksudnya :
Seorang lelaki telah datang menemui Rasulullah SAW. semasa baginda berada di dalam masjid lalu beliau memanggil Rasulullah seraya berkata : Wahai Rasulullah sesungguhnya aku telah melakukan perbuatan zina, maka Rasulullah berpaling daripadanya sehingga diulang pengakuannya sebanyak empat kali. Maka apabila lelaki berkenaan telah membuat pengakuan ke atas dirinya sebanyak empat kali Rasulullah SAW. pun memanggilnya lalu bersabda : Adakah engkau gila ? Jawab lelaki itu : Tidak. Nabi bersabda lagi : Adakah engkau telah kahwin ? Jawab lelaki itu : Ya. Maka Nabi bersabda : Bawalah dia dan jalankan hukuman rejam. (Muttafaq 'Alaih)

2. QAZAF (MENUDUH ZINA)
Firman Allah swt yang bermaksudnya : Orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat.
(Surah An-Nur : 4)
Mengikut kaedah dalam perundangan Islam bahawa sesiapa yang menuduh seseorang dengan apa jua perbuatan yang haram, tertanggung ke atasnya (wajib) membuktikan kebenarannya. Dan jika gagal atau enggan hendaklah dikenakan siksaan. Melemparkan tuduhan zina ke atas seseorang adalah perbuatan yang menyentuh maruah dan kehormatan seseorang. Sangat berat untuk ditanggung oleh mana-mana orang yang tidak bersalah. Sangat banyak akibat yang timbul dari sesuatu tuduhan zina yang melulu ke atas seseorang. Perbuatan itu akan melahirkan kemarahan, persengketaan serta meruntuhkan rumahtangga dan masyarakat. Anak-anak yang lahir dari seseorang yang tertuduh zina akan menjadi mangsa. Kerukunan dan kebahagiaan suami isteri akan roboh dan hancur berkecai. Oleh itu amat wajar orang yang membuat tuduhan palsu itu dihukum sebat dengan lapan puluh kali sebat.
Ertinya : Orang yang ketagihan arak itu adalah seperti penyembah berhala. Oleh kerana minum arak itu adalah dari perbuatan dan pekerjaan syaitan yang amat keji maka Rasulullah SAW telah menghukum ke atas peminum arak dengan empat puluh kali sebat sama ada peminum itu mabuk atau pun tidak.

1. Saiz Rotan
Bagi pesalah jenayah panjang rotan tidak dinyatakan tetapi bergaris pusat 1.25 sentimeter. Sementara pesalah jenayah syariah pula ialah panjang 1.22 meter dan bergaris pusat 1.25 sentimeter.

2. Pemeriksaan Kesihatan
Bagi pesalah jenayah, pemeriksaan kesihatan dilakukan oleh mana-mana pegawai perubatan, manakala jenayah syariah oleh pegawai perubatan beragama Islam.

3. Pelaksanaan Hukuman
Bagi pesalah jenayah, sebat dilaksanakan oleh mana-mana pegawai sebat rotan yang dilantik oleh Komisioner Jeneral Penjara, manakala jenayah syariah hanya dilakukan oleh Pegawai Sebat Rotan beragama Islam.

4. Bahagian Anggota yang Disebat
Bagi pesalah jenayah, pukulan sebat hendaklah di bahagian punggung dan ia berbeza dengan jenayah syariah yang meletakkan beberapa pengecualian.

5. Cara Sebatan
Bagi pesalah jenayah, rotan diangkat melepasi kepala (setinnggi2 alam dengan kelajuan yang maksima) dan hukuman di bahagian punggung. Ada yang sampai berjalur, dan ada yang luka berdarah (zalimkan). Bagi jenayah syariah, tukang sebat tidak boleh mengangkat rotan sehingga ke paras kepala dan pukulan secara sederhana agar TIDAK MELUKAKAN KULIT (Tak zalim sangatkan)

6. Kedudukan dan pakaian semasa disebat
Bagi pesalah jenayah, mereka tidak memakai pakaian dan hanya ditutup di bahagian sulit sahaja dan diikat di tripod manakala pesalah syariah lelaki disebat dalam keadaan berdiri dan perempuan duduk dan memakai pakaian menutup aurat.

7. Baki hukuman sebat yang dihentikan
Bagi pesalah jenayah, jika sebahagian atau keseluruhan hukuman sebat tidak dapat dilaksanakan atas sebab-sebab kesihatan, maka ia akan dirujuk kepada mahkamah manakala jenayah syariah ia boleh ditangguhkan sehingga pegawai perubatan memperakui bahawa pesalah itu sihat tubuhnya untuk menjalani baki hukuman itu.

8. Orang yang boleh disebat
Bagi pesalah jenayah, perempuan tidak boleh disebat tetapi pesalah jenayah syariah, perempuan tidak dikecualikan.

9. Saksi-saksi
Bagi pesalah jenayah, tiada saksi diperlukan semasa hukuman dilaksanakan tetapi pesalah syariah mesti bersaksikan sekurang-kurangnya empat lelaki Islam.

Maka, hukuman sebat adalah sebagai satu bentuk hukuman dalam Islam yang bertujuan menjaga kebaikan dan kepentingan umum. Islam sentiasa memandang dan mementingkan kebaikan orang ramai lebih utama daripada individu kerana ia boleh menghindari kerosakan, keruntuhan moral dan memberi rasa keinsafan kepada pesalah. Pelaksanaannya bukanlah bertujuan menzalimi pesalah sebaliknya memberi rasa keinsafan dan pengajaran.

Friday, September 9, 2011

"Bahagiakanlah Orang Tuamu..."

Seorang telah datang menemui Rasulullah s.a.w. dan telah menceritakan kepada Baginda s.a.w. tentang kelaparan yang dialami olehnya. Kebetulan pada ketika itu Baginda s.a.w. tidak mempunyai suatu apa makanan pun pada diri Baginda s.a.w. mahupun di rumahnya sendiri untuk diberikan kepada orang itu. Baginda s.a.w. kemudian bertanya kepada para sahabat,"Adakah sesiapa di antara kamu yang sanggup melayani orang ini sebagai tetamunya pada malam ini bagi pihak aku?" Seorang dari kaum Ansar telah menyahut, "Wahai Rasulullah s.a.w. , saya sanggiup melakukan seperti kehendak tuan itu."

Orang Ansar itu pun telah membawa orang tadi ke rumahnya dan menerangkan pula kepada isterinya seraya berkata, "Lihatlah bahawa orang ini ialah tetamu Rasulullah s.a.w. Kita mesti melayaninya dengan sebaik-baik layanan mengikut segala kesanggupan yang ada pada diri kita dan semasa melakukan demikian janganlah kita tinggalkan sesuatu makanan pun yang ada di rumah kita." Lalu isterinya menjawab, "Demi Allah! Sebenarnya daku tidak ada menyimpan sebarang makanan pun, yang ada cuma sedikit, itu hanya mencukupi untuk makanan anak-anak kita di rumah ini ?"

Orang Ansar itu pun berkata, "Kalau begitu engkau tidurkanlah mereka dahulu (anak-anaknya) tanpa memberi makanan kepada mereka. Apabila saya duduk berbual-bual dengan tetamu ini di samping jamuan makan yang sedikit ini, dan apabila kami mulai makan engkau padamlah lampu itu, sambil berpura-pura hendak membetulkannya kembali supaya tetamu itu tidakk akan ketahui bahawa saya tidak makan bersama-samanya." Rancangan itu telah berjalan dengan lancarnya dan seluruh keluarga tersebut termasuk kanak-kanak itu sendiri terpaksa menahan lapar semata-mata untuk membolehkan tetamu itu makan sehingga berasa kenyang. Berikutan dengan peristiwa itu, Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud, "Dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka berada dalam kesusahan." (Al-Hasy : 9)

Begitu Romantis Rasulullah saw....

Membelai isteri dengan sepenuh hati....

Ibarat anak, belaian ibu bapa dapat menambahkan kehangatan dan kemesraan. dia pun memerlukan belaian. Maka belailah pasangan anda dan rasakan betapa romantisnya diri anda. Hal ini dipandang remeh bagi ramai orang..tapi kesannya luar biasa. Apa yang anda raskan jika dibelai isteri? Apakah anda merasa aman, tenteram, damai, dan berbunga-bunga?? Belaian orang yang tercinta memang selalu dinanti.

Belaian merupakan salah satu tanda mesra dan romantik. belaian adalah sentuhan langsung fizikal sebagai penyalur rasa yang bergelora dalam dada. Ketika seorang ibu membelai anaknya yang menangis kerana terjatuh, apa yang mengalir dalam belaian tangan ibu ke jiwa anak itu? yang mengalir adalah rasa cinta, kasih sayang,perhatian, simpati, dan perasaan halus yang lain.. jika seseorang yang membelai orang lain, tapi yang mengalir adalh kebencian, dendamdan persaaan buruk lain, maka belaian itu adalah 'belaian tipu' dalam erti kata lain 'palsu'.

Rasulullah tidaklah setiap hari melainkan baginda selalu mengunjungi isteri-isterinya seorang demi seorang. Rasulullah menghamporo dan membelai mereka secar bergantian.

(HR Ahmad)

Begitu juga dengan pasangan anda. Belailah dia dengan penuh mesra salurkan rasa cinta dan kasih sayang melalui tangan. Belailah rambutnya, lehernya, tangannya agar tenaga cinta anda meresap. Jika perl, akhiri belaian dengan kucupan. Belailah dia dan rasakan desir-desirnya.

Hal ini boleh anda lakukan bila-bila sahaja. Ketika dia berada di dapur peluklah dia dari belakang. Belailah rambutnya. Ketika hendak makan, peganglah bahunya dan belailah tangannya. Jadikan kebiasaan ini sebagai hadiah bagi isteri setiap hari.


Dipetik dari:
Begitu Romantis Rasulullah saw-Memetik Hikmah Di Sebalik Pernikahan Manusia Agung.
Muhammad Abu Shauqi Banna.

Tuesday, September 6, 2011

Aisyah menuturkan "ketika beriktikaf, nabi Muhammad saw mendekatkan kepalanya kepadaku. kemudian aku menyikat rambutnya sedang aku dalam keadaan haid." (HR Bukhari)

Friday, November 12, 2010

HIKMAH SOLAT....




Sebagai umat Islam, kita diajar bahawa solat itu tiang agama. Dalam penghuraian lebih panjang, para ulama dan tok-tok guru menyebutkan bahawa sebagai tiang, maka sesiapa mendirikan solat bererti dia mendirikan agama. Sebaliknya, jika ia meninggalkan solat seolah-olah dia meruntuhkan agamanya.

Huraian itu sebenarnya bersandarkan sebuah hadis Nabi Besar Muhammad s.a.w. Ia dipetik sebahagian besar ulama dan diletakkan sebagai hujah paling kuat memastikan solat dikerjakan umat Islam.

Kita juga sering dibacakan petikan ayat-ayat al-Quran yang memperihalkan kelebihan-kelebihan lain dari ibadat solat. Antaranya yang paling masyhur ialah janji Allah di dalam al-Quran bahawa solat itu mampu mencegah perbuatan yang keji dan mungkar (baca Surah al-Ankabut 29:45).

Malangnya, tidak semua yang mengamalkan ibadat rukun Islam itu berupaya mendapat hasil seperti disebutkan. Sebegitu ramai yang bersolat, tetapi dalam kehidupan seharian mereka gagal mempamerkan tindakan sebagai seorang yang bebas dari melakukan kekejian dan kemungkaran.

Begitu juga dengan janji Allah menerusi firmanNya yang mengaitkan zikrullah sebagai terapi menenang dan mententeramkan hati (baca Surah ar-Ra?d 13:28). Sekali lagi, di antara ibadat yang disarati zikrullah adalah solat. Maka secara logiknya, seseorang yang menyempurnakan solatnya akan memperolehi suatu tahap ketenangan hati.

Malang lagi, kita tidak perlu bersusah-payah membuktikan hakikat betapa sebegitu ramai umat Islam yang bersolat tetapi tidak menzahirkan tindakan atau amalan hidup sebagai seorang yang tenang dan tenteram hatinya.

Kita berhak mempersoalkan di mana silapnya. Namun ia tidak sepatutnya melarat kepada mempersoalkan kebenaran janji-janji Allah tadi. Maha Suci Dia dari segala kelemahan dan Dia juga Maha Menepati janjiNya.

Cuma, dalam dunia sains dan teknologi kini, hampir segala dakwaan tentang kebaikan sesuatu menuntut pembuktian secara saintifik atau berfakta. Maka mungkin wajar ada pihak melakukan kajian terperinci dan menyeluruh tentang kesan positif solat terhadap tabiat dan perlakuan umat Islam.

Alhamdulillah, setakat ini sudah ada pengkaji menemui bukti kukuh secara saintifik bahawa amalan solat dapat menjadi terapi menyembuhkan penyakit yang dihidapi seseorang.

Akhbar harian pada 6 Ogos lalu memuatkan laporan mengenai penemuan saintifik bahawa masalah mati pucuk yang menghantui 40 peratus lelaki dunia berusia 40 tahun ke atas boleh diatasi dengan menunaikan solat.

Khabar yang membanggakan umat Islam itu dibuktikan melalui kajian saintifik seorang pakar kejuruteraan bioperubatan Universiti Malaya (UM), Professor Madya Dr Fatimah Ibrahim. Menurutnya, selepas sebulan menjalani terapi solat yang diperkenalkan olehnya, dua lelaki menghidap masalah mati pucuk berjaya menunjukkan perkembangan positif.

Katanya, melalui terapi itu seseorang lelaki yang memiliki masalah berkenaan perlu menunaikan solat sebanyak 12 rakaat secara berterusan dalam masa setengah jam sebanyak tiga kali seminggu. Mengambil kira gabungan amalan solat-solat fardhu dan sunat yang disyariatkan Islam, keperluan itu tidak sukar dipenuhi.

"Sebagai contoh seorang pesakit boleh menunaikan solat sunat empat rakaat sebelum dan selepas menunaikan solat Zohor untuk tujuan terapi itu,"jelasnya.

Difahamkan kajian itu adalah sebahagian daripada projek penyelidikan saintifik universiti berkenaan mengenai kesan biologikal solat kepada tubuh badan manusia. Antara kajian lain di bawah projek itu adalah kesan positif solat kepada ketenangan minda, kesihatan jantung dan masalah sakit pinggang.

Terapi solat, sembuh penyakit

Kajian tersebut telah mengesahkan bahawa setiap pergerakan dalam solat merangsang otot lantai pelvik.

Memang pakar perubatan mencadangkan lelaki mati pucuk melakukan senaman otot lantai pelvik, tetapi dengan bersolat otot berkenaan dapat diregangkan secara automatik, akui Dr Fatimah lagi.

Menurutnya, dua pesakit yang dimaksudkan telah berjaya mengurangkan tahap mati pucuk selepas menjalani terapi solat selama sebulan dengan menunjukkan sedikit reaksi ketegangan zakar.

Tidak syak lagi penemuan saintifik ini adalah sesuatu yang membanggakan umat Islam. Tepat sepertimana disebutkan Dr Fatimah, "ini menunjukkan solat bukan sahaja ibadah wajib tetapi merawat fizikal dan minda".

Kini terhidang di hadapan kita satu lagi kejadian yang sepatutnya mendorong para pengkaji menggali kesan-kesan positif satu lagi ibadat Islam, iaitu wuduk. Sebegitu banyak hadis dan ayat al-Quran menyuruh kita mengambil wuduk. Matlamat utama perbuatan itu ialah untuk menyucikan diri, sama ada dari kekotoran lahiriah mahu pun batiniah.

Sebegitu banyak juga hadis Rasulullah s.a.w. menerangkan fadhilat atau kelebihan wuduk. Antaranya disebutkan tentang cahaya dari muka orang yang berwuduk itu akan menerangi hidupnya di alam barzakh. Titisan air wuduk dari anggota yang dibasuh pula dikaitkan dengan penyucian dosa.

Wuduk juga dikaitkan dengan amalan yang mendorong kesihatan kepada pengamalnya. Apatah lagi ia merupakan salah satu di antara perbuatan bersuci dalam Islam. Seseorang yang sering berwuduk akan memastikan dirinya sentiasa berada dalam keadaan bersih, paling tidak pada anggota wajib wuduk, iaitu tangan, muka dan kakinya.

Sebab itu apabila dinilai syor badan kesihatan dunia dalam menangani penularan wabak selsema babi (H1N1) kini, beberapa langkah disebutkan itu tidak lari dari perbuatan utama dalam berwuduk. Antaranya ialah membasuh tangan, membersihkan mulut dan hidung.

Selain tiga pancaindera ini merupakan sebahagian daripada muka yang wajib dibasuh ketika berwuduk, Islam juga mensyariatkan membasuh tangan hingga ke siku. Disunatkan juga orang berwuduk itu berkumur-kumur dan melakukan istinsyak, yakni menyedut air ke hidung dan menghembuskannya kembali (untuk menyucikan rongga hidung), selain memulakan wuduk dengan membasuh pergelangan tangan.

Selain ketika berwuduk, Rasulullah s.a.w. turut mengesyorkan umat Islam (amalan sunat) membasuh tangan dan menyucikan rongga hidung sebelum melakukan apa-apa yang lain sebaik bangkit dari tidur. Ada hadis menyebutkan "kita tidak tahu ke mana tangan kita pergi semasa tidur", dan "hidung sebagai tempat tidur syaitan tatkala kamu tidur".

Kesan positif ajaran dan amal ibadat dalam Islam terhadap manusia memang sudah dijangkakan. Sebagai umat Islam kita diyakinkan menerusi sebegitu banyak firman Allah dan sabda Junjungan Muhammad s.a.w. yang menegaskan kelebihan dan manfaat setiap ibadat yang kita laksanakan.

Sememangnya bagi seorang yang benar imannya terhadap Allah, dia tidak memerlukan bukti kajian saintifik atas sesuatu ibadat atau amalan Islam sebelum melakukannya. Cukuplah ia diterima sebagai perintah Allah dan sabda Rasulullah s.a.w. yang mesti dipatuhi untuk mereka yakini bahawa kesemua perintah itu mengandungi segala macam hikmah dan manfaat yang tidak semestinya tergapai oleh pengkajian akal manusia.

Bagaimana pun, tidak salah bagi pakar perubatan dan ilmuan Islam kita mengambil kesempatan atas penularan wabak selsema babi kini untuk kita buktikan secara saintifik betapa amalan berwuduk yang diwajibkan Islam pada ketika tertentu dan disunatkan pada setiap masa itu sebenarnya terapi atau langkah preventif terbaik yang menepati ciri-ciri langkah pencegahan H1N1 disyorkan badan kesihatan dunia kini.

Saturday, January 16, 2010

Cinta..




Sejatikah sebuah cinta
Hanya bermain dengan perasaan

Wujudkah sebuah kebahagiaan
Tanpa kesetiaan dan kejujuran

Bermaknakah sebuah janji
Tanpa diiringi keikhlasan

Bersungguhkah sebuah kejujuran
Seandainya bersulamkan dusta

Kekalkah sebuah perhubungan
Yang terjalin atas dasar kasihan

Mestikah sebuah pertemuan
Diakhiri dengan perpisahan

Unggulkah sebuah rindu
Yang diselebungi pelbagai rasa

Benarkah sebuah penantian
Adalah satu penyeksaan

Terkuburkah sebuah harapan
Setelah sekian lama bersemi

Tercapaikah sebuah impian
Yang digamit kenangan silam

Tercapaikah sebuah impian
dengan hanya berangan-angan

Adilkah sebuah takdir
Yang merobek sekeping hati nan suci

Berakhirkah sebuah dugaan
dengan hanya menadah tangan

Terjadikah sebuah kenyataan
Biarpun tanpa kerelaan

Perlukah sebuah percintaan
Dimulai dengan persahabatan

Mungkinkah sebuah persahabatan
Membibitkan benih percintaan

Bahagiakah sebuah kehidupan
Tanpa persaan kasih dan sayang

Pudarkah sebuah kasih
Andai kebencian sudah mengundang di hati

kemanakah sebuah cita-cita
Yang diiringi doa dan harapan

Maniskah sebuah kejayaan
Tanpa dikongsi dengan orang yang tersayang

Retakkah sebuah istana
Dengan kehadiran orang ketiga

Berhargakah sebuah pengorbanan
Insan yang bernama wanita

Terubatkah sebuah kekecawaan
Jika hati sudah terluka

Mampukah sebuah kemaafan
Mnegubati hati yang berkecai

mampukah sebuah kelukaan
Meninggalkan kesan yang amt mendalam....







Friday, January 15, 2010

Bagaimana membuat keputusan yg baik tanpa merasa sangsi? Sebelum membuat keputusan ada beberapa perkara yg perlu dikaji dan lakukan bagi mengelakkan konflik yg boleh dihindari.
Bezakan antara 'kehendak' dan 'keperluan'.
* Banyak perkara yang kita iniginkan dalam hidup dinamakan 'kehendak'.
Namun,
kita sering terikat dengan perkara yg perlu kita lakukan yg dikategorikan sebagai 'keperluan'. timbang kedua-duanya dan buatlah pilihan yg terbaik dengan suara hati tanpa dikawal oleh emosi.
Mencari maklumat tepat dan mengumpul data.
* Carilah maklumat yg tepat mengenai pilihan yg ingin dibuat. Terutama perkara yg akan membawa kesan pd jangka panjang. Contohnya, ingin membuat pelaburan di bursa saham. fikirkan kesan baik dan buruknya terlebih dahulu.
Menimbang risiko.
* Setiap pilihan yg ingin dibuat pasti akan mendatangkan risiko. Jujurlah menganalisis keadaan dan menggariskan risiko yg mungkin akan dihadapi. Selongkarilah risiko yg mendatang dab gariskan kemungkinan tanpa ingin menyorokkannya.
Berbincang dengan pakar.
* Ada waktunya kita mungkin perlu berbincang dengan pakar atau individu yg lebih mengetahui sesuatu perkara bg membimbing membuat pilihan dan keluar daripada kemelut pilhan serta dilema.
Berdoa kepada Allah SWT.
* Sebagai seorang yg beriman, jangan sesekali lupa untuk berdoa kepada Yang Maha Esa supaya dipermudahkan untuk membuat kepurusan yg bijak tanpa menyesali di akhir keputusan yg telah dibuat.
assalamualaikum...lamenye x update blog nih..huhu..

Wednesday, July 1, 2009

kata mereka.....

kata mereka,
" cinta pertama tidak akan pernah bisa dilupakan "
sampai bilapun kita akan membawa sebagian dari diri mereka yang entahbagaimana bisa tertinggal di dalam diri ..
mungkin senyumnya yang pernah memikat hati,
mungkin tatapannya yang pernahmengisi hari hari,
mungkin pemikirannya yang masih saja mempengaruhi kita,
mungkin kenangan kenangan lain yang kadang terlintas ..


kata mereka,
"yang terindah itu cuma hanya akan datang sekali"
dan di tengah istimewanya, dia akan menyentuh kamu..
hingga sewaktu pergipun jejaknya masih membekas jelas di hati,membuatmu tersenyum..
tersipu-sipu.. atau bahkan mengernyit pedih mengenang duka..
entah, hidup ini pilihan kan? dan lagi-lagi adalah suatu pilihanbagaimana kita akan menyikapi segala hal yang ditakdirkan terjadi dalam hidup kita.


kata mereka,
"waktu menyembuhkan segalanya"
seperti untuk segala sesuatu ada masanya,
ada saatnya juga kita akanmelepas kain kabung dan abu untuk mengenakan jubah kebahagiaan danmenyanyikan lagu puji2an..


entah bagaimana,
segala yang pernah melukai akan hilang,rantai - rantai masa lalu terkikis waktu, menjadi tua lalu mati dalam sendiri..
dan kita, asalkan tetap teguh akan berada disini untuk menyongsong masa depan..


kata mereka,
"mencintai itu bererti bersedia merelakan dia pergi jika dia memang harus pergi"
tapi apa erti kata harus?harus menurut siapa? menurutku? menurutnya? menurut mereka? atau menurut DIA?

cinta tidak selamanya harus memiliki mungkin, kerana bukankah cinta tidakmemiliki apapun selain dirinya sendiri?
bukankah cinta tidak hidup dimanapun selain di dalam dirinya sendiri?
dan bukankah cinta tidak berada di hati karena cinta ada dimana-manamenjadi api, menjadi air, menjadi udara..
menjadi batu, menjadi kayu, menjadi rumput..
bukankah cinta hidup tidak disuatu tempat kerana cinta adalah tempat itu sendiri?
dan cinta bukan keadaan tapi jiwa ?
lalu apa yang harus direlakan jika cinta tidak pernah menjadi apapun,menuntut apapun, dan berada dimanapun.. ?


bukankah cinta itu aku?
cinta itu kamu?
cinta itu DIA?
cinta itu mereka?
bukankah cinta ialah cinta itu sendiri..
dan kita, lagi lagi adalah cinta.......


Saturday, May 30, 2009

Kelebihan Ayat Kursi

Dari Anas bin Malik r.a. berkata;
"Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Qur'an sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."

Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?"

Sabda Rasulullah S.A.W, " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat."

Umat-umat dahulu hanya sedikit sahaja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Qur'an, hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.

Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah S.A.W menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Kehebatan ayat ini telah ditearngkan dalam banyak hadis. Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala.
Begitu juga dengan surah al-Falaq, surah Yasin dan banyak lagi ayat-ayat al-Qur'an yang mempunyai keistimewaannya. Setiap isi al-Qur'an itu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat-ayat al-Qur'an, hadis Nabi dan sunnah Baginda S.A.W. Keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan.

Friday, April 17, 2009

50 PERBEZAAN LELAKI DAN PEREMPUAN

1. Rata-rata wanita tidur lebih lama 1 jam daripada lelaki pada waktu malam.

2. Sperma laki-laki yang menentukan jenis kelamin bayi.

3. Bayi perempuan cenderung lebih cepat berjalan dan berbicara, bayi laki-laki 2 bulan lebih lambat.
4. Lebih banyak kehamilan dan kelahiran dengan komplikasi saat mengandung bayi laki-laki daripada bayi perempuan.

5. Wanita mempunyai sel darah 1 juta lebih sedikit daripada laki- laki dan rata-rata berat otak laki-laki + 1,4 Kg, wanita kurang dari itu.

6. Pergantian kelamin lebih banyak dilakukan lelaki.

7. Basikal laki-laki mempunyai setang/palang di tengah basikal.

8. Wanita sangat menimbang-nimbang masalah dan perubahan sehari-hari ( misal : penggunaan alat baru ).

9. Pada tulang punggung manusia, wanita lebih lebar dan besar, mengikuti perkembangan tulang panggul untuk proses persalinan. Lebih banyak timbunan lemak pada punggong, Laki-laki lebih banyak timbunan lemak pada perut.

10. Wanita kurang mampu menahan dingin disebabkan permukaan kulit yang lebih besar, sehingga lebih suka pada suhu ruang yang lebih hangat.

11. Laki-laki lebih suka bicara langsung sesuai tujuannya, sementara pembicaraan wanita terputus-putus dengan keraguan dan perasaan. Disebabkan serabut penghubung antara belahan otak kanan ( intuisi ) dan kiri ( logika ) lebih sedikit pada wanita. Sehingga ekspresi perasaan lebih mudah terjadi pada wanita.

12. Wanita lebih baik indra penciumannya disebabkan tingginya hormon estrogen yang diketahui sebagai aktivator reseptor penciuman.

13. Wanita mempunyai 75 % lebih banyak kelenjar keringat/peluh ( yang menghasilkan bau badan ) daripada laki-laki.

14. Kemampuan indra lelaki untuk mengecap rasa masam, manis dan masin lebih rendah pada wanita. 15. Hubungan yang rapat/intim diluar pernikahan, laki-laki dua kali lebih banyak.

16. Lebih dari dua kali pada wanita cenderung homoseksual pada usia 45 tahun daripada laki-laki.

17. Pada saat usia tua wanita mengalami kerontokan rambut, pada usia yang sama sebagian besar laki-laki mengalami kebotakan. Kebotakan disebabkan produksi berlebihan dari hormon androgen ( hormon laki- laki ).

18. Mata laki-laki rata-rata lebih besar daripada wanita, mata wanita lebih banyak bahagian yang berwarna putih.

19. Lebih banyak wanita menggunakan kacamata dan lensa kontak, antara usia 16 - 44 tahun.

20. Secara umum hidung laki-laki lebih besar daripada wanita. Sedangkan wanita rata-rata mempunyai bibir lebih besar dibanding laki-laki.

21. Rata-rata pendengaran laki-laki menurun sekitar usia 32, wanita usia 37.

22. Lebih banyak wanita dapat bernyanyi tanpa suara sumbang dibanding laki-laki. Pita suara laki-laki lebih panjang dan saluran napasnya 30 % lebih besar.

23. Bagi Lelaki, jika berkomunikasi dengan sesama jenis saling berjauhan dengan ada ruang antara diantara mereka dan bereaksi negatif jika seseorang masuk di antara ruang jarak pembicaraan. Laki- laki lebih mudah tertekan pada kerumunan yang membatasi ruang geraknya.

24. Berpapasan dengan wanita pada jalanan ramai, laki-laki menghadapkan tubuhnya menghadap wanita yang dilewatinya. Wanita cenderung membalikkan badan, sering secara tidak sadar menempatkan tangan di depan badannya untuk melindungi dada.

25. Wanita memproduk dua juta sel telur selama hidupnya mulai usia 4 bulan ketika masih dikandung, laki-laki terus memproduksi sperma hingga usia tua.

26. Kekuatan meramas tangan laki-laki dua kali lebih kuat daripada wanita.

27. Kira-kira 48 % laki-laki mendengkur ketika tidur, hanya 22 % pada wanita.

28. Wanita rata-rata 153 detik berada di toilet, laki-laki 113 detik.

29. Hubungan keluarga yang baik meninggikan kualiti hidup: 62 % wanita, 49 % lelaki.

30. Satu berbanding empat, wanita dibanding laki-laki yang berbicara gagap.

32. Lebih banyak wanita menggunakan cincin kawin.

33. Ketika terjadi ketidak-sesuaian/tidak bertegur-sapa antara sesama jenis, laki-laki langsung menemui, wanita menjauhi.

34. Rata-rata laki-laki membaca lebih lama daripada wanita, tetapi lebih banyak dua kali wanita yang membaca daripada laki-laki.

35. Lebih dari dua kali ganda wanita yang hidup sendiri dibanding laki-laki setelah usia 65 tahun.

36. Memilih warna Merah atau Biru: Lelaki lebih banyak memilih merah, wanita warna biru.

37. Semua rekod Olimpik untuk kecepatan berenang, lari, lompat tinggi, lompat jauh dipegang atlet laki-laki.

38. Wanita lebih banyak menggunakan kataganti diri "Saya" dibanding laki-laki.

39. Laki-laki lebih baik dalam membaca peta dan dalam keahlian ukur ruang. Laki-laki cenderung lebih mudah melakukan dua pekerjaan ( abstrak dan logika ) pada waktu bersamaan.

40. Dalam 99 % pereputan tulang terjadi pada wanita setelah menopause, setelah hormon estrogen menurun. Tetapi wanita lebih sedikit mengalami pengerasan pembuluh darah, karena estrogen menjaga pembuluh darah lebih lentur dan menolong mencegah naiknya kholestrerol.

41. Penelitian di Amerika, wanita menggunakan waktu hampir dua kali lebih banyak untuk berbelanja dibanding lelaki.

42. Perkawinan yang memuaskan lebih banyak terjadi pada lelaki dengan usia lebih tua, dibanding pada wanita pada usia sama.

43. Lebih banyak wanita yang menyatakan dirinya sakit kronik daripada lelaki.

44. Penelitan di Australia, tiga kali ganda laki-laki dibanding wanita yang meninggal karena kanker paru-paru dan penyakit jantung.

45. Tetapi 2446 wanita berbanding 16 lelaki yang meninggal karena kanser payudara pada tahun 1990.

46. Dalam status perkawinan, lelaki meningkatkan usia harapan hidup. Tetapi bagi wanita pula, usia harapan hidup lebih tinggi jika hidup sendiri.

47. Penelitian di Australia, pembunuhan dilakukan 86 % oleh laki- laki, 95 % penghuni penjara adalah pria.

48. Penelitian di England, anak laki-laki lebih mudah dibohongi /dipedaya daripada anak perempuan.

49. Wanita lebih berani, lebih dari 55 % wanita memeriksakan giginya secara rutin dibanding 40 % pada lelaki.

50. Wanita secara umum yang lebih menentukan corak dan gaya pakaian yang dipakai.

KISAH LIMA PERKARA ANEH


Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.

Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang negkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."

Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.
Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."

Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."
Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa,

"Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukittetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.

Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.

Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.

Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."

Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

Wednesday, April 8, 2009

Hari Ini...

Hari ini seharusnya ada kelas pd pukul 11..Tapi disebabkan pensyarah cuti emergency untuk jaga anaknya yang sakit, maka kelas telah dibatalkan..Dapat tau je berita ni, kebanyakan student sume suke..tapi ade gak yang tak puas hati..asyik cancel je..bila nak belaja..pastu nanti lecture pun nak buat kelas ganti...Exam dah nk dekat..tak habis silivers pulak kalau x ganti kelas..boring gak kalau jadi camni..
Tiba-tiba rasa macam nak marah pun ada..tapi bila pikir-pikir balik, dah anak sakit..tepakse le lecture cancel..kesian plak anak lecture xde sape nk jage..Lecture pun bukan nak benda ni belaku...lama-lama jadi sejuk balik hati ni..Kasih sayang ibu memang sape pun tak boleh lawan..!

Tiba-tiba je hati ni macam berbisik......



Kasih sayang ibu tiada tandingnya!!
Terpaksa melupakan tanggungjawab lain demi menjaga anak tercinta...
Bukan tidak sedar tanggungjawab yang berat sebagai pendidik..
Tetapi tanggungjawab sebagai ibu harus diutamakan...
Kemana lagi kasih sayang ibu harus dicurahkan jika bukan kepada anaknya..?
Hanya yang bergelar ibu sanggup meredah angin malam untuk membelai jiwa halus seorang anak...!

Membelai tanpa penat jemu..
Membelai tanpa rungutan..
Membelai dalam penuh kepayahan..
Membelai dengan penuh kasih sayang..

Tiada apa yang dapat menghalang seorang ibu dari mengingati anaknya...merindui dan sentiasa mempunyai perasaan bimbang terhadap anak tersayang..
Setelah sembilan bulan dalam kandungan..Jjiwa anak, juga adalah jiwa ibu..Hati anak, juga adalah hati ibu..Duka anak, juga adalah duka ibu..Sakit anak, juga adalah sakit ibu!

Itulah kasih seorang ibu terhadap anak yang terlalu dicinta..!

Tidak hairan jika seorang ibu sanggup bersusah payah bersama anak tercinta untuk meneruskan perjuangan dalam kehidupan sebagai seorang manusia di bumi Illahi...

Bagi seorang ibu, anak adalah segala-galanya...
Tetapi bg seorang anak, ibu belum tentu segala-galanya bagi mereka..

Dimanakah silapnya bila seorang anak lupa akan wajah ibunya..?
Dimanakah pincangnya kasih ibu bila anak yang dirindu lupa akan sentuhan manja ibunya..?
Kemanakah hilangnya perasaan hormatkan ibu bila anak meningkat dewasa..?
Kemanakah akhirnya akan kita pergi andai begitulah berakhirnya kasih sayang seorang ibu..?

Hari ini terlalu ramai yang bergelar anak lupa akan tanggungjawab sebagai anak...Dihati tua ibu, bukan wang yang mereka mahukan..Bukan harta yang menjadi ukuran...Bukan emas yang diidamkan...Bukan berlian yang diimpikan...Cukuplah sekadar kasih sayang yang dihulurkan...
Memadailah jua jika diingati saban hari...Mendoakan tiap ketika, moga kasih Allah sentiasa bersama..!!

Kasih ibu berkorban nyawa!
Kasih ayah membawa ke syurga!
Kasih saudara sepanjang masa!

mawar islam
12 Rabiul Akhir 1430H
16:24 pm

Friday, April 3, 2009

Teknik Memikat Hati Lelaki

1. Memahami perasaan lelaki
2. Memahami perangai lelaki
3. Memujuk bila terasa kita bersalah
4. Lebih banyak memberi
5. Mempercayai si dia
6. Mengenal dan menghalusi sikap lelaki
7. Tidak celupar dan bermasam muka terhadap pasangan
8. Bertanggungjawab
9. Elakkan mengkritik
10. Memahami kemahuan mereka
11. Tunjukkan minat ketika mereka berbual dengan kita
12. Murahkan senyuman kepada mereka
13. Memanggil dengan panggilan manja
14. Menghormati
15. Berbincang dan mendengar
16. Elakkan berceloteh
17. Jangan merendahkan
18. Tunjukkan rasa gembira
19. Elakkan pergaduhan
20. Kerap meminta maaf
21. Selalu berbuat baik

Thursday, April 2, 2009

Kemahuan Orang Lelaki Yang Perlu Diketahui Oleh Wanita


* Belajar terima lelaki dengan seadanya
Jangan memaksa keinginan anda untuk mengubah fizikal dan mental seseorang lelaki semata- mata untuk kepentingan diri anda. Sedialah menerima lelaki dari segi dalaman dan luaran dan jangan membencinya kerana penampilan tidak menepati citarasa anda. Kenali dirinya dengan lebih dekat.


*Rela mengamalkan sikap memberi dan menerima
Terima lelaki dengan hati yang terbuka dan pasti dia akan menerima anda dengan hati terbuka juga.


*Mempercayainya untuk dipercayai olehnya
Tanamkan kepercayaan anda terhadapnya dan lama kelamaan dia juga akan mempercayai anda. Jangan lakukan perkara yang menyebabkan dia hilang kepercayaan terhadap anda kerana sukar untuk kembalikan kepercayaannya semula.


*Menenangkan lelaki untuk mendapat kemenangan
Dalam hubungan suami isteri mestilah mempunyai amalan bertolak ansur. Peranan yang dijalankan dengan baik akan memberi kepuasan kepada kedua-dua pihak.


*Amalkan sikap yang postif
Bersikap hormat menghormati antara suami dengan isteri dan pasangan masing-masing ketika berada di rumah, dipejabat atau 'berdating'.


*Memberikan snyuman dengan ikhlas
Lelaki suka apabila pasangannya membrikan senyuman yang paling manis hanya kepada mereka sahaja.


*Sapa dengan panggilan manja
wanita suka lelaki memanggil mereka dengan panggilan manja. begitu juga dengan lelaki yang gemarkan panggilan romantis dari pasngan mereka.


SUAMI dan ISTERI


Pernikahan atau perkahwinan
membuka tabir rahsia

Suami yang menikahi kamu
tidaklah semulia Muhammad saw.
tidaklah setakwa Ibrahimpun
tidak setabah Ayyub
atau segagah Musa
apalagi setampan Yusuf

Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman
yang punya cita-cita
membangunkan keturunan yang soleh..

Pernikahan atau perkahwinan
mengajar kita kewajipan berjasama
Suami menjadi pelindung
kamu penghuninya
suami adalah nakhoda kapal kamu pelayarnya
suami bagaikan balita yang nakal kamu adalah penuntun kenakalannya..
saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya..
seketika suami menjadi bisa, kamulah penawarnya
seanadainya suami berkata-kata yang lancang sabarlah memperingatinya...

Pernikahan atau perkahwinan
mengajar kita perlunya iman dan ketakwaan

untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt.
kerana memiliki suami yang tak segagah mana
justeru kamu akan tersentak dari alpa
kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna didalam menjaga..
pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
cuma wanita akhir zaman
yang berusaha menjadi solehah...

Wednesday, April 1, 2009

CINTA


Cinta
Ada orang kata cinta itu buta..
Ada orang kata cinta itu mengasyikkan..
Ada orang kata cinta itu pahit...
Ada orang kata cinta itu penawar....

Apa pun orang kata...bagi diri ini, cinta itu satu keperluan.. Umpama makanan, manusia akan mati tanpanya...
Manusia akan keresahan bila tidak dapat menikmatinya..
Lumrah kejadian, itulah sifat semulajadi yang diberikan kepada manusia..
Sifat yang suci, luhur lagi murni yang perlu dibaja dan disemai dalam diri..

Mengapa perlu dikesalkan jika cinta mula mendiami dinding hati..?
Mengapa perlu dibiarkan pergi jika kasih bertandang mengetuk pintu hati..?
Mengapa perlu disisihkan jika sayang ingin menumpang didalam ahti...?


Kejam....
kejam sungguh jika seseorang itu membuang atau menolak perasaan cinta yang hadir dalam setiap urat nadi...
Jangan rosakkan cinta dengan kelalaian...
Jangan dihinakan cinta dengan nafsu...
Jangan dimusnahkan cinta dengan amarah...

Semailah, dan bajailah dengan ketakwaan dan keimanan agar cinta itu sentiasa dieredhai... Serikan dengan cahaya Firdausi, biar tenang bila dinikmati...
Sucikan dengan restu, agar menjadi penawar hati...
Bersyukurlah masih diberi peluang untuk mencintai dan dicintai..

Kerana...
kita lahir hasil dari dua insan yang mencinta...
Yang lahir disambut dengan air mata kegembiraan tetapi penuh dengan kederitaan...


Duhai CINTA, bersemadilah dikau dalam setiap nadi nafas.....!!


mawarIslam