Hari itu, 25 december 2008 satu peristiwa menyayat hati terjadi..Seorang kanak-kanak berumur antara 4-5 tahun telah pergi menemui Penciptanya.Siapa sangka tika detik itu kanak-kanak yang sedang bermain bersama teman, tiba-tiba terpisah roh dan jasadnya dalam sekelip mata. Hidup ini penuh dengan kejutan..Kejutan yang benar-benar mampu menggetarkan jiwa manusia untuk merasainya...!!
Hari itu, kanak-kanak itu bermain bersama 2 orang rakannya. Kanak-kanak yang comel dan cukup sifatnya, bermain dengan penuh girang. Siapa sangka itulah kali terakhir kanak-kanak itu bersama rakannya.Dan pada hari itu jugalah kali terakhir seorang ibu menatap wajah bersih anak kesayangannya. Anak pertama hasil daripada perkahwinan dengan suami tercinta..
Tetapi, hari itu bukan kali terakhir seorang ayah menatap wajah suci anaknya..
Anak yang membawa seribu kebahagiaan dalam jiwa seorang ayah..Anak itu pergi tanpa sempat dilihat ayahnya..Tanpa sempat dipeluk dan dicium untuk terakhir kali, ketika roh dan jasad masih bersatu... Malaikat Izrael telah memanggil kanak-kanak itu untuk dibawa pergi roh dari jasadnya..Dan seakan-akan kanak-kanak itu dengar panggilan tersebut, lalu pergi menyerahkan dirinya kepada makhluk yang diciptakan dari cahaya..
Sudah tertulis di azali, kanak-kanak itu akan terjatuh di satu bangunan dari tingkat 4..Alangkah pilunya hati, tika terpandang wajah kanak-kanak yang suci bersih jiwa dan raganya dari sebarang dosa..
Hari itu, seorang ibu telah kehilangan anak perempuannya...
Hari itu, seorang ayah telah kehilangan zuriatnya...
Hari itu, sekumpulan kanak-kanak telah kehilangan teman baiknya...
Dimanakah seorang ibu hendak mencari seorang anak yang sama sifat dan rohaninya seperti anak itu...?
Dimanakah seorang ayah hendak mencari zuriat yang menenangkan jiwa seperti anak itu...? Dimanakah sekumpulan kanak-kanak ingin mencari seorang teman yang periang seperti anak itu...?
Satu perkara yang amat mustahil dapat dilakukan..
Yang pergi tak pernah kembali..
Kembali untuk bersama-sama menceriakan hari-hari yang berlalu...
Kembali untuk membawa sinar kebahagiaan....
Kembali untuk meraih kejayaan yang akan digenggam....
Kembali untuk melayari perjalanan kehidupan yang penuh dugaan...
Kanak-kanak itu tidak akan kembali, tetapi kita yang akan pergi menemuinya satu hari nanti... Pergi bersama 'bekalan' yang dibawa...
'Bekalan' yang kita tidak pernah tahu cukup atau tidak bila 'disana' nanti...
Kanak-kanak itu telah pergi, dan pemergian ke tempat 'asalnya' amat memilukan hati..
Siapalah kita untuk menidakkan dan menghalang kejadian itu. Inilah dinamakan suratan tapi bukan kebetulan kerana Allah swt telah merancang perjalanan hidup kita...!
Bila teringatkan keayuan dan kelembutan hati kanak-kanak itu, benar-benar memilukan rasa.. Tak tertahan air mata ini dari terus mengalir..
Mengalir mengenangkan bagaimana pula nanti diri ini meninggalkan dunia yang penuh dengan kegembiraan dan keasyikan...
Bila mengenang kisah hidup silam, perasaan takut bertambah..
Sedar, bahawa diri ini tidak sebaik Siti Khadijah yang sanggup menyerahkan nyawa dan harta untuk agama..
Tidak juga seperti Aisyah yang sabar menempuhi dugaan..
Tidak juga seperti Mariam yang tabah menghadapi ujian..
Diri ini juga sedar, tidak juga sehebat Sumaiyah yang berani melawan musuh...
Duhai hati, berbicaralah engkau dengan Tuhan...!
mawarIslam
2 Muharram 1430H
9:25 am.

No comments:
Post a Comment